Rabu, Mei 31, 2006

CONTOHI KETULUSAN UMAR ABDUL AZIZ

Kita mahukan pemimpin yang benar-benar bekerja untuk Islam. Semua keputusan sama ada disemak atau tidak, dengan secara ikhlas dilakukan untuk kepentingan masyarakat. Tanpa memberitahu pun dia dah tahu ada orang yang akan menyemaknya. Tak ada udang di sebalik batu.
Kita mahu pemimpin, jika dia menolong rakyat dia tidak membezakan, ini rakyat Umno, ini rakyat PAS. Kalau saya nak tolong orang Melayu, saya tolong, bukan terhad kepada Melayu Umno atau Melayu saudara sendiri saja. Pemimpin sepatutnya boleh dinilai. Orang boleh tegur dia dan memperbetulkan kesalahannya.
- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
Lahir tahun 1946. Beliau adalah Pengerusi Amanah Mellenia Fund Berhad dan Pengerusi Malaysia Discount Berhad. Beliau juga Ahli Lembaga Pengarah SIRIM Berhad, Titan Petrochemicals & Polymers Berhad, Institute of Strategic and International Studies, Malaysia (ISIS). Selain itu Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia.
Khalid merupakan Jawatankuasa Eksekutif Unit Investment Fund dan Ahli Financial Engineering Advisory Forum kepada Bank Pembangunan Islam, Jeddah. Mendapat ijazah pertama ekonomi Uversiti Malaya dan memperolehi sarjana pengurusan perniagaan daripada Universiti Queensland, Australia, 1975.
Beliau kerap diingati sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad dan CEO Kumpulan Guthrie Berhad sehingga tahun 2003. Pada waktu ini beliau adalah Senior Visiting Fellowship di Oxford Centre of Islamic Studies, Oxford University, United Kingdom.

Baca seterusnya: Pandangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Terhadap kepimpinan negara.

Isnin, Mei 29, 2006

TAKZIAH KEPADA MANGSA GEMPA BUMI INDONESIA



Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. - Al-Anfaal 25

Rabu, Mei 24, 2006

HIMPUNAN PERDANA PAS CAW. BALOK BARU



Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

AlhamdulILLAH semoga menjadi keluarga yang diredai ALLAH SWT.

Ahad, Mei 14, 2006

MEMPERINGATI AL-QUDS

WAR-WARKAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA



21 Ogos setiap tahun merupakan Hari Al-Quds Sedunia yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap masjid Al-Aqsa yang disucikan. Begitulah nasib tanah suci Umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh ?Israel? Sang Perampas.

Sebagai umat Islam, isu Palestin merupakan isu ?Akidah yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya? dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah.

Hari ini Palestin berada dalam tangan musuh Islam, Zionis ?Israel? yang telah merampasnya dari tangan umat Islam. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian kita, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan utama yang akan menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin. Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk mewar-warkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam. Kita berharap progam ini akan menggerakkan masyarakat yang sedar untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang berkorban demi Islam dan berusaha keras mempertahankan Islam, tanahairnya, kesucian dan maruahnya dan umatnya. Amin.

Jumaat, Mei 12, 2006

SELAMATKAN KERAJAAN PALESTIN HAMAS



Amerika Syarikat (AS), yang menyifatkan Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas, dan Kesatuan Eropah (EU) telah menghentikan bantuan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin selepas kemenangan kumpulan Islam itu dalam pilihan raya umum Palestin. Hamas gagal memperoleh dana asing kerana bank-bank tempatan, serantau dan antarabangsa bimbang tindakan oleh AS.

"Kami menyuarakan bantahan kami terhadap AS dan Eropah. Mereka mestilah menarik balik sekatan itu kerana beribu-ribu penduduk Palestin kini diancam kebuluran"

Khamis, Mei 11, 2006

SELAMAT HARI GURU 16 MEI



Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain.

Kepada semua Guru-Guru, khusus buat Guru-Guru PASTI di seluruh Negara, "SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU".


Guru oh Guru
Karya Datuk Dr. Usman Awang

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil hidupnya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat


Selasa, Mei 02, 2006

MESYUARAT AGUNG KALI KE 3 PAS KAWASAN INDERA MAHKOTA

 
Serius dan tenang menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh perwakilan. Posted by Picasa