Khamis, Jun 18, 2009
faeiz2 sent you a playlist: "Islam lead The change - TGHH"
help center | e-mail options | report spam | |
faeiz2 has shared a video playlist with you on YouTube. This is awesome! | |
© 2009 YouTube, LLC 901 Cherry Ave, San Bruno, CA 94066 |
Sabtu, Mei 30, 2009
Ustaz Zolkharnain sifatkan "dapat 1, 2 lagi terlepas" akibat rebut kerusi Ti...
Sent to you by faeiz2 via Google Reader:
via SANGGAHTOKSAGO.COM by Tarmizi Mohd Jam on 5/30/09
KUALA LUMPUR: Blogger yang juga mantan Adun Santan, Perlis, Ustaz Zolkharnain Abidin tidak dapat menolak sebarang kemungkinan, memang Nasharudin, Husam dan Mohamad (disebut mengikut bilangan pencalonan yang diterima) pasti akan bertanding untuk kerusi Timbalan Presiden. Kerusi itu hanya satu, bukan dua dan rasanya tak akan jadi dua atau tiga.
Katanya pada salah satu posting Blog Bila Sauh Dibongkar, jawatan itu sepenting Presiden. Bukan sekadar sebagai pembantu utama Presiden tetapi sebagai Presiden ketika 'keuzuran' Presiden. Sebab itu ia cuma satu dan bukan dua atau tiga.
Keputusan Majlis Syura Ulamak menyerahkan kepada muktamar untuk menentukan siapa yang layak untuk menduduki kerusi itu adalah tepat. Bukan masanya untuk berpolemik 'ulamak dan profesional'. Polemik itu umpama membongkar bata bangunan untuk dimasuki kelawar. Sekali kelawar masuk, sukar benar untuk dihalau keluar.
Ketiga-tiganya adalah orang baik dan hebat. Sebagaimana tiada seorang pun daripada mereka menjadi yang terbaik, begitu juga tiada sesiapa pun yang menjadi tercorot. Seperti mana tiada sesiapa pun yang sempurna, begitu juga tiada sesiapa pun yang buruk semuanya.
Ustaz Zolkharnain berkata, sesiapa sahaja di kalangan mereka boleh merasakan dirinya adalah terbaik dan layak dipilih, namun jangan ada sesiapa pun yang merasakan saingannya adalah buruk dan tidak layak terpilih. Tuhan benci manusia takabbur. Orang itu tiada tempat di dalam syurga. Orang takabbur ialah penolak kebenaran dan penghina manusia lain.
Mereka bertiga hanya bersaing untuk jawatan itu sahaja. Apabila salah seorang menang, yang dua lagi akan tidak bertempat dalam hirarki utama parti.
Kalau mereka mempertahankan jawatan masing-masing sekarang sahaja, ulasnya, diyakini kita akan mendapat ketiga-tiganya. Tetapi apabila mereka bersaing untuk Timbalan Presiden, kita akan dapat satu dan akan keguguran dua.
"Kalau pakai ilmu lojik, mana lebih baik antara dapat tiga dengan dapat satu dan gugur dua? Tentu jawabnya, dapat tiga lebih baik. Namun, itu hanya menjadi matematik sahaja kerana keputusan mereka untuk bersaing adalah muktamad," usik beliau.
Benar, Presiden boleh melantik dua orang yang tidak terpilih untuk menduduki kerusi harian Pas Pusat samada Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan atau AJK Pas Pusat. Dan, rasanya itu yang bakal dilakukan Presiden. Beliau tentu tidak mahu kehilangan seorang pun daripada mereka.
Katanya lagi, mereka yang tidak terpilih juga tidak akan janggal untuk 'turun ke bawah', tetapi ibarat tangga yang ada tiga anak, kita gugurkan dua daripadanya. Dua yang digugurkan itu pula kukuh-kukuh belaka.
Ini tidak bermaksud bahawa mereka yang bakal bersaing untuk jawatan Naib Presiden untuk menggantikan Husam dan Mohamad tidak bagus. Mereka bagus tetapi apa yang ingin diungkapkan di sini ialah kita akan keguguran dua daripada tiga yang bagus juga.
"Jangan marah kalau saya kata begini. Pemimpin kita yang bakal bersaing itu memangsakan perwakilan. Saya tidak berkata bersaing itu salah. Saya juga tidak berkata perwakilan muktamar tidak bijak.
"Perwakilan sayang ketiga-tiganya tetapi kita memaksa dan memangsakan mereka untuk memilih salah satu daripada tiga. Mereka sepatutnya dapat ketiga-tiganya, tetapi mereka hanya boleh mengambil satu sahaja. Adakah itu adil?" tanya Zokharnain.
Apa pun, katanya, beliau tetap mendoakan kebaikan untuk semuanya. Sebagaimana orang lain, beliau juga sayangkan tuan-tuan bertiga. "Mana-mana yang saya suka untuk diri saya, itu juga yang saya suka untuk tuan-tuan bertiga."
"Cuma satu harapan terakhir saya. Semasa undi dikira, saya harap jumlah undi yang diperolehi oleh tuan-tuan bertiga tidak termasuk undi tuan-tuan untuk diri sendiri. Saya harap tuan-tuan mampu melakukannya. Kalau tidak, tuan-tuan hitunglah diri tuan-tuan sendiri," Zolkharnain mengakhiri posting bertajuk "Kita Dapat Satu, Tapi Terlepas Dua" yang diapungkan pada blog beliau Bila Sauh Dibongkar pada Isnin, 2009 Mei 25.
Things you can do from here:
- Subscribe to SANGGAHTOKSAGO.COM using Google Reader
- Get started using Google Reader to easily keep up with all your favorite sites
Jumaat, Mei 29, 2009
Amalan BN sekarang sama dengan PKM dulu - Nik Aziz
Sent to you by faeiz2 via Google Reader:
via SIASAH by Siasah on 5/28/09
PULAU PINANG,28 Mei. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma.
Menurut beliau lagi tindakan yang dilakukan oleh BN selama ini adalah mirip kepada apa yang dilakukan oleh PKM.
"Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi.Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja.
"Oleh kerana itu siapa sahaja yang mengamalkan fahaman nasionalisma maka ia juga adalah serupa dengan PKM yang melakukan kezaliman,pembunuhan,kerosakan dan bermacam-macam lagi ancaman pada zaman darurat dahulu sehingga ramai yang sengsara.
"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang.Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah.Bukankah ini juga semacam dengan mereka."
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam.
Dalam ceramah itu beliau juga menyentuh mengenai kedudukan BN yang semakin terancam dengan perpecahan yang begitu ketara berlaku semasa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti PPP.Mereka mulai berpecah kepada dua presiden.Begitu juga di Trengganu yang berpecah dalam kumpulan Umno yang memerintah negeri disana.
"Di Perak juga berlaku kemelut yang sehingga ini rakyat tidak dapat menerima apa yang telah diputuskan walaupun hak rakyat untuk meimilih harus diserahkan kepada rakyat membuat pilihan terbaik," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Things you can do from here:
- Subscribe to SIASAH using Google Reader
- Get started using Google Reader to easily keep up with all your favorite sites
Khamis, Mei 28, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)